Login Help Register
BICARA MAMA PUTERI
MP : Berbicara tentang anak istimewa yang hadir tanpa diduga anugerah Tuhan buat insan terpilih.

Tentang : NietaSZ

Nama Gelaran NietaSZ
Umur 34
Jantina Perempuan
Bandar Beranang
Negeri/Negara Malaysia
Status Perkahwinan Sudah Berkahwin
Kaum Malay


Kaunter Hit : 161560

Kategori

Blog Kegemaran

Penyokong Blog

Arkib



Penghias Blog

Mama Puteri's Shop

Komen Terkini
APA ADA PADA TAHUN 2012
eik... wanita... (21seng)
10 Jan 2012 12:40 PM

SALAM 2011 - LAMANYA TAK...
nape awk wat... (zam)
20 Jul 2011 6:01 PM

SALAM 2011 - LAMANYA TAK...
boleh tau... (cupin)
20 Jul 2011 6:01 PM


Mama Puteri's Song

Tuesday, January 10, 2012

APA ADA PADA TAHUN 2012

Salam semua wanita-wanita cantek di luar sana!!!… Saya wanita bekerjaya & usahawan wanita dlm bidang kecantikan dan kesihatan ingin mempelawa Bumiputera Wanita untuk memenuhi quota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan iaitu menjadi rakan niaga bersama saya secara separuh masa/sepenuh masa dlm bidang Francais SPA bertaraf 5 bintang berkonsepkan Perniagaan “Networking” Tidak perlu runsing memikirkan pekerja, gaji, alatan-alatan dll kerana semua telah tersedia. Tempat temuduga adalah terhad kini saya memerlukan hanya 3 orang rakan niaga sahaja kerana 2 kekosongan telah di isi. Ingin mengetahui lebih lanjut? Melawat SPA? Melihat pelan pemasaran kami dan modal yang diperlukan? Sila buat temujanji untuk berjumpa dengan wakil kami yang berpengalaman di Pejabat. Syarat-Syarat : Seorang yang betul-betul minat dalam bidang keusawanan, rajin belajar, fokus dan komited.

Berminat?? Sila Email di partimespa5star@gmail.com  butir-butir peribadi utk kami hubungi dan sediakan tempat untuk anda melawat ke SPA dan pejabat kami.  

Nama :

Umur :

Pekerjaan :

No Tel :

Negeri Kelahiran :

Status Perkahwinan : 

Jadilah rakan niaga bersama saya, pulangan yang pasti berbaloi-baloi dan temui kebebasan kewangan yang anda cari selama ini. Pulangan mencapai 5 angka. Anda tak mau??? Minimum Pendapat sehingga RM2,500.00 Dlm masa seminggu dengan tunjuk ajar dari kami. Jadi tunggu apa lagi.Kami membantu anda mencapai apa jua impian anda kerana kami mempunyai kelas dengan bimbingan dari wakil kami yg berpengalaman. Jika anda terpilih kami akan hubungi anda dengan segera.Sekian. 

Nieta

Business Partner


Tag/Label : mama spa
Dipostkan @ 12:40 PM | 0 Komen | Report Abuse

Wednesday, July 20, 2011

SALAM 2011 - LAMANYA TAK MASUK SINI!

Salam semua sahabat...lamanya tak masuk sini sejak ada FB hehe...apa khabar semua?? Nak post blog pun dah lupa nak klik mana.

Mama Puteri dan Family semua sihat. Puteri dah pun 13 tahun. Kalau Free Free lawatla laman web Mama Puteri di ebiz4health  leh la joint Mama Puteri buat biz. 


Tag/Label : kehidupanku
Dipostkan @ 06:01 PM | 8 Komen | Report Abuse

Saturday, June 12, 2010

MELETOPPPPP...

Salam, dulu Mama Puteri rasa sikit tertekan sebab terpaksa berhenti kerja tapi sekarang tak lagi, Mama Puteri rasa happy sangat dengan hari hari yang Mama lalui sekarang. Terima Kasih pd Dato' Ustazah Nor Bahyah pengacara Semanis Kurma yg kenalkan produk barunya, dengan laman web percuma yg Mama Puteri dapat dan modal yg ciput jer Mama Puteri terkejut sebab ramai yg dah joint, semalam duit masuk hari ni pun duit masuk lagi. Mama Puteri dah bernafas lega sekarang dengan projek baru Mama Puteri sekarang, dok umah ngadap PC leh jaga Puteri sekali. Klik jer kat bawah ni klu nak tau projek baru Mama Puteri.

Nak tau detail YM jer di nessaamras

Bulan depan memang Mama Puteri dah Free dan Merdeka


Tag/Label : kehidupanku
Dipostkan @ 11:25 PM | 11 Komen | Report Abuse

Sunday, May 30, 2010

DOA KAWAN KAWAN UTK MAMA PUTERI

Salam semua, lama sudah mama puteri tinggalkan ekawan ni. Terima kasih buat semua yang masih menyokong mama puteri samada di sini atau di laman yang lain.

Buat pengetahun semua ada tinggal sebulan sahaja lagi sehingga akhir bulan Jun 2010 untuk mama puteri menghabiskan alam pekerjaan yang mama puteri bina lebih dari 20 tahun. Walaupun dengan berat hatinya, mama puteri terpaksa dengan rela hati melepaskan jawatan yang ada sekarang demi menjaga PUTERI yang kurang upaya. Keadaan orang sekeliling juga banyak membuat hati mama puteri terluka dan terhiris.

Mama puteri redha dengan kehendak Tuhan dan tentu ada hikmah disebalik semua ni.

Lepas pada ni, mama puteri akak cuba besarkan perniagaan mama puteri dan kalau ada rezeki nak ada kedai sendiri senang nak bawak puteri sekali.

Senang-senang jengah la kedai online mama puteri di koleksianggunnsz dot com dan puterianggun dot blogspot dot com atau di facebook koleksianggunnsz

Wassalam

Doakan la untuk mama puteri sekeluarga.


Tag/Label : puteriku sayang
Dipostkan @ 11:23 PM | 5 Komen | Report Abuse

Wednesday, February 10, 2010

CUTI LAGI

Lama tak jengah sini sejak demenjak ada FB ni. Awal-awal tahun ni best sebab banyak cuti. Minggu depan Cuti lagi. Ingat nak lepak rumah jer ngan BP dan Puteri kalau Karaoke kat Metro Point Kajang tu tak tutup raya cina ingat nak bawak Puteri sebab dia suka dengar sore Mama dia kalau nyanyi hahaha....

Nak buat cemana, itu jer hiburan Puteri yang dia suka, nak bermain cam budak-budak lain dia tak berupaya, jadi kita yg jaga ikut saja apa kemahuan yang dia suka.

Anak istimewala katakan.


Tag/Label : puteriku sayang
Dipostkan @ 03:33 PM | 11 Komen | Report Abuse

Sunday, January 10, 2010

PUTERI DI TAHUN BARU

Salam buat semua, MP baru jer balik dari main Netball di Semenyih tadi, perlawanan persahabatan team MP, Bukit Dukung Kajang vs Kg Sentosa Semenyih. MP jadi GS, Alhamdulillah menang 32-15. Penat jangan cakapla. Habis lemak lemak dalam badan MP ni cair, baru jer berhasrat nak tambah lagi berat badan.

Puteri bila masuk jer tahun 2010 terus dia demam, batuk, selsema. Ni dah 2 klinik MP bawak dia buat rawatan, 1 kat Kajang dan 1 lagi kat Beranang tapi tak jugak baiknya, Dr kata kalau tak baik jugak kena refer Hospital, tengok la sehari dua ni macamana. MP sian kat dia, tak lalu makan dan tak ceria macam biasa. Sunyi pulak rasa hidup ni kalau tak dengar dia bergugu gaga dalam bahasa dia dan tak gelak ketawa macam biasa. Tidur malam pun dia gelisah ke kiri ke kanan macam ada yang tak kena jer.

Doa-doa kan la untuk kesejahteraan dan kesihatan yang baik untuk anak istimewa ni mudah-mudahan Tuhan membalas balik.


Tag/Label : puteriku sayang
Dipostkan @ 01:21 AM | 11 Komen | Report Abuse

Wednesday, January 6, 2010

UCAPAN BUAT SEMUA

Salam buat semua,

MP ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2010 buat semua yg mengenali dan membaca blog MP di Ekawan ni.

Semoga Tahun 2010 memberi banyak perubahan dan apa yg dihajati tercapai di tahun 2010 ni.


Tag/Label : kehidupanku
Dipostkan @ 05:22 PM | 7 Komen | Report Abuse

Sunday, December 6, 2009

BIO TECH BOOTH DI JOM HEBOH

Sabtu, 5hb Disember MP ke Jom Heboh Bukit Jalil melawat booth BIOTECH CORPORATION untuk intai-intai peluang perniagaan, MP tertarik dengan produk SPA sebab dia menggunakan bahan-bahan semulajadi. MP ke sana naik komuter & lrt jer sebab takut sesak tapi bukan sorang-sorang, MP angkut semua sepupu sepapat, makcik & mak MP. Dah lama tak berjalan macam ni. 

Kebetulan Ikram ada kat situ jadi sempat MP bergambar dengan dia.


Tag/Label : kehidupanku
Dipostkan @ 08:54 PM | 3 Komen | Report Abuse

Thursday, December 3, 2009

AKHIR SUDAH

Salam buat semua, nampaknya kita dah pun melangkah ke penghujung tahun dan tak lama lagi nak masuk tahun baru 2010, cepat betul masa berlalu.

Mama Puteri dah 2 hari MC sebab mengalami kecederaan kat kaki, sehari dua ni baik la, ni angkara berlatih netball untuk perlawanan Mukim Cheras.

Puteri alhamdulillah sihat macam biasa, dia la yg paling suka sebab mama dia ada sepanjang 2 hari ni melayan dia kat rumah.

 


Tag/Label : kehidupanku
Dipostkan @ 03:26 PM | 6 Komen | Report Abuse

Tuesday, November 3, 2009

TIK TOK TIK TOK

Dah lama rasanya tak menjengah blog blog di sini. MP cam biasa sibuk dengan tugas tugas harian yang tak pernah luak. Sejak ada FB dan melayan game game yang tak kurang hebatnya di sana buat jari jemari MP ni sentiasa nak login kat sana dan lupa nak login kat sini. Tapi kat sini MP tak pernah lupa sebab nila blog MP yang paling senior sekali.

Tik tok tik tok..tau tak apa tu?? Tu bunyi jarum jam yg bagi MP simbol bagi waktu yang pantas. Tau tau dah nak hujung tahunkan? Cepat cepat.. jadi sila-sila la kita tunaikan azam kita tahun ni dan coret coretkan apa bakal azam kita tahun depan ni.

All d best what u all semua.


Tag/Label : kehidupanku
Dipostkan @ 11:59 PM | 15 Komen | Report Abuse

Monday, October 12, 2009

AKHIRNYAAAA!!!!!!

Dengan penuh SUKACITAnya, MP dengan ini mengumumkan yg MP telah pun menamatkan Pembelajaran MP. Alhamdulillah Sabtu lepas 10hb Oktober selesai sudah Majlis Konvo UTM yg ke 11 di PWTC. Terharu sangat-sangat MP sebab tak sangka dapat habiskan pembelajaran ni walaupun MP sentiasa sibuk sebagai seorang ibu yg menjaga Puteri, sibuk dengan kerja yg sentiasa menimbun nimbun dan sibuk dengan perniagaan yang baru nak menapak ni. Tak sangkakan??? Nasib tak ada kertas yang nak kena ulang, Alhamdulillah semua lulus, walaupun ada markah yg cukup-cukup makan hehe.

Terima kasih yg amat-amat pada BP yg sentiasa menyokong, dia la tukang masak hujung minggu kalau MP sibuk buat assignment dan kalau nak peksa. 

 

Keluarga MP yang sentiasa beri sokongan.

Kawan-kawan sekuliah Joana dan Nurul.


Tag/Label : kehidupanku
Dipostkan @ 06:14 PM | 13 Komen | Report Abuse

Saturday, October 3, 2009

KEJADIAN HARITU

Minggu ni mesti ramai orang merayap jalan-jalan cari makan meredah rumah open house sana sini, jimat duit makan free hahaha, kenduri kahwin pun ramai jugak bulan Syawal ni. Tapi kita jangan lupa, kita memang murah rezeki kat Malaysia ni makan sedap-sedap tapi ada insan-insan yang kekurangan makanan, bencana alam sana sini. Peringatan buat kita semua. MP merasa gegaran semasa berada di Pejabat tapi ingat MP nak pitam.

MP bersyukur sangat-sangat sebab dipanjangkan umur untuk jaga Puteri, terselamat dari Gempa Bumi di Padang Indonesia, sebab MP baru jer balik bercuti dari sana sebelum kejadian.


Tag/Label : kehidupanku
Dipostkan @ 02:02 PM | 3 Komen | Report Abuse

Saturday, September 19, 2009

SAAT HARI LEBARAN

Hari ni semua cikgu cikgi bernafas lega sebab sekolah dah mula cuti, boleh ler buat persediaan lebih awal pasang langsir baru dan cuci balang kuih yang dah setahun tersimpan dalam almari tu. Anak-anak murid sila tolong mak ayah kemas rumah ok, dah bagi cuti tu dah tentu ada sebabnya. Jangan asyik dok berangan jer depan cermin melaram baju dan kasut raya baru tu, ingat! jangan suka-suka nak menggadaikan jari jemari yang dah tentu cukup sifat pemberian dari Tuhan dengan mengada-ngada main mercun yang sebenarnya tak ada faedah langsung yang kadang-kadang buat Mak Cik Temah dan Pak Leman mengucap panjang terkejut dengar dentuman yang mengalahkan bunyi senapang gajah. Ish Ish budak-budak ni tak sayang nyawa betul.
 
Selamat Berhari Raya semua dari MP, BP dan Puteri.
 
 


Tag/Label : kehidupanku
Dipostkan @ 12:20 AM | 1 Komen | Report Abuse

Sunday, September 13, 2009

PERSIAPAN

Salam buat semua, nampaknya raya semakin hampir, cemana persiapan?? Mama Puteri sekeluarga biasa-biasa jer, Puteri dah pun beli baju raya. Tahun ni kita beraya kat KL jer umah Atok M Puteri di Wangsa Maju.
 
Mama Puteri Sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Serta Maaf Zahir Batin sekiranya ada kesalahan terlanjur kata dalam Blog ni. 


Tag/Label : kehidupanku
Dipostkan @ 03:34 PM | 5 Komen | Report Abuse

Saturday, September 5, 2009

SPONSOR BERBUKA PART 2 & 3

Lepas berbuka puasa yg disponsor di Hotel PJ besoknya dan last hari Jumaat Mama Puteri dan geng geng opis berbuka di Hotel Palace Of Golden Horses Mines KL dan Restoran Sea Food Cerana Cheras yang dekat jer ngan opis kitorang.

Terima Kasih ngan para-para sponsor semua yang murah hati belanja semua staff makan berbuka puasa. Rezeki namanya ni. Harap harap tahun depan ada la lagi yer hehe..

Puteri baru jer dapat elaun dia sebanyak RM750 dari Jabatan Kebajikan dan semalam ada pihak-pihak beramal dengan beri sedekah kepada anak-anak OKU, jadi Puteri dapat bahagian dia, satu beg barang-barang makanan dan Duit Raya RM150.00. Alhamdulillah. Mama & Baba Puteri dah pun belikan baju raya dia last week, senang awal-awal buat persediaan. 


Tag/Label : kehidupanku
Dipostkan @ 01:16 PM | 2 Komen | Report Abuse

Thursday, September 3, 2009

SPONSOR BERBUKA PART 1

 Bulan-bulan pose ni memang company Mama Puteri kerja ni murah rezeki sebab ada yang sponsor kami semua berbuka. Semalam kami berbuka di Armada Hotel Petaling Jaya. 


Tag/Label : kantorku
Dipostkan @ 01:29 PM | 5 Komen | Report Abuse

Sunday, August 23, 2009

SALAM RAMADHAN

 
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang mulia dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa buat semua yang mengenali Mama Puteri. Syukur Alhamdulillah tahun ni kita masih berkesempatan untuk bersama-sama menjalani ibadah puasa.


Tag/Label : kehidupanku
Dipostkan @ 11:26 AM | 10 Komen | Report Abuse

Saturday, August 15, 2009

CUTI CUTI INDONESIA

Alhamdulillah Mama Puteri dah selamat pulang ke KL lepas bercuti ke Padang & Bukit Tinggi Indonesia selama 4 hari 3 malam ikut rombongan sebuah Persatuan di KL.
 
Semua berjalan lancar, tempat cantik dan menarik dan yang pasti mata Mama Puteri jadi rambang bila tengok kain-kain sulam, telekung, baju-baju yang bisa menggugat keimanan hehe...sabo jela.  Ni sebahagian gambar Mama Puteri semasa kat sana.
 
 
Rumah Gadang Simbol Adat Minangkabau
 
 
 
 
Hotel tempat Mama Puteri menginap di Bukit Tinggi 
 
 
 
Kain-kain sulam kerawang ni buat Mama Puteri gilerr huhuhu...
 
 
 
 
 
 Melawat tempat student belajar jahit sulam kerawang.
 
 
Posing di rumah gadang
 
 
Jam Gadang
 
 
Melawat Terowong Jepun. 
 
 
Keindahan Tasik  
 
 
Hotel Mama Puteri menginap di Padang 
 
 
  
 
Mama Puteri & Kak Ngah jadi orang Minang 


Tag/Label : percutianku
Dipostkan @ 01:05 PM | 8 Komen | Report Abuse

Sunday, August 2, 2009

SESUATU YANG BARU


Aduhaiiii nak giler meroyan betul la Mama Puteri semalam, Baba Puteri pun nak stress dah sib baik Puteri tak meragam dalam keta semalam, mana taknya masa pagi kitorang pergi KL ok la tapi dah lepas pukul 2 nak ke Tesco Setia Alam Shah Alam jalan punyala giler giler jem yang amat, masuk sini jem, keluar situ jem ini semua angkara perhimpuanan la ni. 
 
Alhamdulillah, walaupun terkejar sana sini tapi kami sekeluarga dah berjaya setup dan kemas semua pakaian-pakaian di kedai baru Mama Puteri di Bazaar Rakya Tesco Setia Alam. Walaupun dah ada kedai baru tapi perniagaan secara online Koleksi Anggun NSZ tetap berjalan seperti biasa.
 
 Alhamdulillah hasrat Mama Puteri nak ada kedai sendiri termakbul sudah atas usaha kami sekeluarga dan Rezeki dari Tuhan. Amin.

 Kedai ni tak la besar sangat, sebagai permulaan la katakan.

 

 
  
 
 
Kedai ni menjual baju kurung moden (koleksi hari raya), pakaian kasual dan pejabat untuk wanita. Insyallah Mama Puteri akan tambah lagi koleksi. Tapi Mama Puteri tak berhenti kerja tau, kedai tu ada Mama Puteri gajikan orang kat sana.
 
Bermula dari 8 hingga 8-11hb 8 ni Mama Puteri akan ke Bukit Tinggi Sumatera dengan Kak Ngah Mama Puteri. Jumpa lagi K! 
  


Tag/Label : kehidupanku
Dipostkan @ 12:49 PM | 11 Komen | Report Abuse

Tuesday, July 14, 2009

CERITA RUMAH JAUH RUMAH DEKAT

Minggu lepas suspen gak nak balik rumah, bukan apa, anak kucing yang berhijrah dalam rumah kami tu idup lagi ke idak? Maklumla kami balik seminggu sekali. Kang masuk-masuk rumah jer bau bangkai la pulak. Tapi sib baik semua ok, tak ada pulak bau yang tak menyenangkan tapi anak kucing tu dah tak ada kat tempat dia, tertonggeng tonggeng Mama Puteri carik bawah Sofa, bawah almari, bawah peti ais tapi takde. Sedih gak anak kucing tu takde. Tapi time kami tengah tengok TV tiga beranak tetiba anak kucing tu mengiow, rupanya dia duduk kat Sofa Puteri sebelah bear besar patut la tak nampak, habis bear tu penuh bulu kucing. 

Ibu kucing ni memang sayang betul ngan anak dia, tapi manusia kenkadang buang anak rerata, ngok betul!!

Tapi Mama Puteri risau la, time dia kecik ni ok la dalam rumah, tapi nanti dah besar cemana?? Tak sampai hati betul Mama Puteri nak letak dia kat luar, hari tu try la sekali tapi tengok-tengok masuk dalam longkang, sian dia. Kami pulak bukan ada rumah hari-hari. Ishhh masalah Negara betul la.

Mama Puteri sker sangat tengok pokok Dragon Fruit kat umah Mak Mama Puteri ni, pokok dia unik, buah lebat manis pulak tu.

Puteri Alhamdulillah sihat, minggu lepas bawak dia pergi Karaoke sebab banyak kali dia sebut K K K K....


Tag/Label : kehidupanku
Dipostkan @ 06:09 PM | 14 Komen | Report Abuse

Halaman: < Prev . 1 . 2 . 3 . 4 . 5 . 6 . 7 . 8 . 9 . 10 . Next >
Hakcipta © ekawan.com. Enjin Cari Kawan!™. Semua syarat tertakluk.